E.P.O telah diasaskan dan di tubuhkan oleh Raub(drum) dan Moha(gitar,vocal) pada awal 2006.Dengan bermulanya sebagai two piece band ,E.P.O mula mencipta lagu mereka sendiri.Di samping membawa lagu-lagu cover dari band2 yang bertunjangkan crust,punk dan metal.Diantara lagu terawal yang di cipta ialah ‘SLAVE OF THE FUCKING BASTARDS’ dan ‘WAR FUCKING WAR’.E.P.O sangat prihatin dengan isu-isu semasa yang berlaku samaada yang telah menjadi sejarah atau pun masa kini.Di sebabkan itu E.P.O telah terapkan di dalam setiap lirik E.P.O dengan bertujuan untuk memberi sedikit kesedaran kepada pendengar.
2007 E.P.O telah mula bergerak sebagai three piece band.Dengan kemasukkan seorang sahabat iaitu Shah yang telah mengambil posisi lead gitaris untuk menambahkan perisa.Dengan kemasukkan tersebut telah terciptanya sebuah lagu yang bertajuk ‘MORAL COLLAPSED’.Yang banyak mengisahkan tentang kejatuhan moral samaada pada individu,scene,agama dan juga politik.
2008 Dimana E.P.O telah pun merakamkan sebuah reh-demo yang bertajuk ‘THE WAY YOU CHOOSE,THE WAY YOU DIE’ memuatkan 3 buah lagu ciptaan mereka sendiri iaitu ‘SLAVE OF FUCKING BASTARDS’.’WAR FUCKING WAR’ dan ‘MORAL COLLAPSED’.Reh-demo tersebut telah pun di rakamkan di sebuah studio di Kluang,Johor.Dan ia tidak di jual,hanya untuk promosi sahaja .Dengan terhasilnya reh-demo tersebut E.P.O mula bergiat aktif bermain gigs disekitar Johor dan Kuala Lumpur.
Raub telah pun meninggalkan E.P.O atas alasannya sendiri pada 2009.Begitu juga diikuti oleh Shah.Dan E.P.O telah pun menggantikan tempatnya dengan kemasukkan Adun(semerepang),dan Bob(basist).Dengan kemasukkan mereka, telah berlaku sedikit perubahan pada genre E.P.O yang sebelum itu lebih berteraskan brutal scandi thrashpunk dan hardcore.Adun telah memberikan sedikit touch up dengan idea blasting dan grinding nya pada instrument drum.Dan akhirnya terhasil lagi sebuah lagu baru yang bertajuk ‘MASSGRAVE’.sebenarnya ini adalah lagu ciptaan Raub.Walaupun dia telah meninggalkan E.P.O tetapi beliau masih lagi menyumbangkan lagu untuk dimuatkan didalam band ini.E.P.O tidak akan melupakan jasa beliau.Terima kasih kepada Mr.Raub.
2010 E.P.O telah pun merakamkan debut demo yang bertajuk ‘DESTRUCTIVE TECHNOLOGY’.di studio yang sama.Dan lagu2 yang sama di rakamkan kembali termasuk lagu baru ‘MASSGRAVE’ turut dimuatkan. Cuma ada sedikit perubahan daripada segi sound berbanding reh-demo 2008 dulu.Tetapi posisi drum digantikan sementara oleh Yusmira(unveiled).oleh kerana Adun tidak dapat hadir semasa sesi rakaman atas sebab-sebab tertentu.Dan sekali lagi berlaku sedikit perubahan pada arrangement muzik.Demo ini telah pun di jual dan masih dijual,dan sebahagiannya untuk trade.
Dan kini 2011 E.P.O semakin mantap dengan kemasukkan Pecal(unveiled)sebagai vokalis.E.P.O sedang giat mencipta lagu2 baru yang lebih mantap n berkualiti.Nantikan kemunculan rakaman terbaru dari E.P.O yang pasti meledakkan darah,jantung n minda anda.
blogspot: EYES POPPING OUT
facebook: EYES POPPING OUT
myspace: EYES POPPING OUT